PORTUGAL mara ke pusingan 16 terakhir Euro 2024 pada awal pagi Ahad selepas menewaskan Turkiye 3-0 sekali gus menjadi juara Kumpulan F.
Bernardo Silva membuka tirai jaringan pada minit ke-21 selain gol sendiri Samet Akaydin serta gol Bruno Fernandes memberikan Portugal kemenangan mudah.
Iklan
Iklan
Portugal yang tampil dengan misi untuk memenangi kejohanan Euro kedua mereka selepas berjaya pada 2016 nyata bukan tandingan buat pasukan Turkiye kendalian Vincenzo Montella.
Cristiano Ronaldo akan mempunyai sekurang-kurangnya dua lagi percubaan untuk menjadi penjaring gol tertua di Euro kerana Martinez berkata pada Jumaat bahawa pemain berusia 39 tahun itu berada dalam keadaan cukup cergas untuk bermain setiap empat hari.
Pemain Al-Nassr itu juga tidak tamak dalam perlawanan tersebut apabila memberikan bantuan gol kepada Fernandes walaupun dia sebenarnya boleh menewaskan penjaga gol Turkiye, Altay Bayindir.
"Itu adalah contoh yang harus ditunjukkan dalam setiap akademi di Portugal dan dalam dunia bola sepak (untuk menunjukkan) bahawa bermain berpasukan adalah perkara yang paling penting," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!