EU kecam serangan ke atas pejabat ICRC di Gaza, gesa siasatan bebas

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

ISTANBUL - Kesatuan Eropah (EU) pada Sabtu mengutuk serangan yang merosakkan pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Semenanjung Gaza baru-baru ini, mengakibatkan puluhan mangsa terbunuh.

Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell menerusi hantaran di X menekankan keperluan untuk mempertanggungjawabkan mereka yang bertanggungjawab melalui siasatan bebas, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Borrell menegaskan kepentingan melindungi orang awam, sambil menegaskan langkah sedemikian merupakan kewajipan di bawah Konvensyen Geneva dengan"semua pihak terlibat dalam konflik itu terikat" untuk mematuhinya.

Gesaan EU untuk akauntabiliti menekankan keperluan mendesak untuk memastikan bahawa ICRC boleh meneruskan usaha kemanusiaannya dengan selamat.

Iklan

Organisasi itu memainkan peranan penting dalam menyediakan perlindungan dan bantuan kepada mangsa konflik, serta akses kepada tahanan, di bawah rangka kerja Konvensyen Geneva.

ICRC melaporkan bahawa pejabatnya di Gaza yang dikelilingi oleh ratusan orang awam kehilangan tempat tinggal, telah rosak pada Jumaat akibat serangan berhampiran.

Iklan

Kejadian itu menyebabkan ramai mangsa dimasukkan ke hospital medan Palang Merah berhampiran, dengan kemudahan itu menerima 22 mayat dan 45 orang cedera. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!