Pasangan kekasih dicekup bersama ganja

Iklan
Muhamad Zaki (dua, kanan) menunjukkan ketulan mampat berisi tumbuhan kering dipercayai ganja yang dirampas dalam serbuan di Kampung Gaung, Lati, Pasir mas pada Khamis..

KOTA BHARU - Sepasang kekasih dicekup bersama 30 ketulan mampat berisi tumbuhan kering dipercayai ganja seberat 31.7 kilogram dalam serbuan di Kampung Gaung, Lati, Pasir mas pada Khamis.

Lelaki tempatan berusia 22 tahun dan wanita warganegara Thailand, 23, itu ditahan pada jam 2.30 petang di tepi sebuah kereta jenis Perodua Viva.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil pemerikaan di tempat duduk penumpang kereta terbabit telah menemui ketulan mampat ganja bernilai RM97,500 termasuk nilai kenderaan.

"Mereka berdua dipercayai pengedar dan dadah yang dirampas boleh digunakan oleh seramai 31,739 penagih.

Iklan
Muhamad Zaki

"Bagaimanapun hasil siasatan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Ahad.

Menurut beliau, kedua suspek direman tujuh hari sehingga 27 Jun ini.

Iklan

Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan sama, Muhamad Zaki memberitahu, susulan penangkapan dua suspek terbabit, pada jam 9.45 malam pihaknya berjaya menahan seorang lelaki warganegara Thailand berusia 26 tahun di sebuah pangkalan haram di Rantau Panjang.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek telah menjumpai 18,000 biji pil yaba yang dianggarkan bernilai RM270,000.

"Jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 18,000 penagih dan ia dipecayai untuk pasaran tempatan.

"Suspek telah direman selama tujuh hari sehingga 27 Jun ini dan kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.