KPKM laksana pembenihan awan, elak tanaman padi Kelantan terjejas

Iklan
Mohamad (enam dari kiri) bersama pegawai-pegawai kanan KPKM, Nadma, TUDM, MetMalaysia dan KADA bagi OPA hari terakhir di Pangkalan Udara TUDM, Subang pada Ahad.

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melaksanakan Operasi Pembenihan Awam (OPA) selama tiga hari bermula 21 Jun sehingga 23 Jun untuk meningkatkan paras air semasa Sungai Kelantan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pendekatan berkenaan dilakukan susulan sungai itu menjadi sumber utama pengairan kawasan penanaman padi seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia secara langsung memberi manfaat kepada hampir 3,400 pesawah yang mengusahakan aktiviti penanaman padi di kawasan tersebut.

"Sekiranya OPA ini tidak berjaya, penanaman (padi) tidak akan berlaku pada musim ini. Jadi kita akan kekurangan lebih kurang empat peratus bekalan padi.

Iklan
Mohamad

"Bagaimanapun, negeri lain tidak berada pada tahap yang cemas,” katanya ketika majlis Penerbangan OPA hari terakhir di Bangunan Pergerakan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang pada Ahad.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Lokman Hakim Ali; Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Khairul Shahril Idrus; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

Iklan

Seterusnya, Komander Pangkalan Udara Subang, Brigedier Jeneral Yusri Jamari TUDM serta pegawai-pegawai kanan KPKM, Nadma, TUDM, MetMalaysia dan KADA.

Mohamad meninjau proses bancuhan 6,000 liter air garam yang diperlukan bagi sesi operasi pembenihan awan (OPA) di Pangkalan Udara TUDM, Subang pada Ahad.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah meluluskan penggunaan dana Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) sebanyak RM5 juta bagi menjayakan OPA di Kelantan.

Menurutnya, operasi itu susulan permohonan daripada KADA dan dilaksana melalui penyelarasan antara Nadma, KPKM, MetMalaysia dan TUDM.

Tambah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, OPA tersebut adalah tindakan awal dilakukan kerajaan bagi mengatasi penyusutan air Sungai Kelantan dan menangani impak fenomena cuaca panas serta Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga penghujung September ini.

Mohamad berkata, OPA itu merupakan tindakan interim daripada KPKM bagi menangani isu kekurangan bekalan air untuk penanaman padi.

Jelasnya, pelbagai inisiatif telah diberikan kepada pesawah meliputi bantuan pam seperti pam mudah alih, booster pump dan backwork pump serta pembinaan tubewell.

Ketika ditanya mengenai operasi susulan sekiranya pelaksanaan OPA kurang memberangsangkan, Mohamad memberitahu bahawa KPKM ada merangka operasi di darat seperti pam bergerak dan pembinaan tubewell di beberapa lokasi berhampiran KADA.

Mengulas lanjut mengenai perihal tersebut, Lokman Hakim berkata, kementerian berkenaan telah mengenal pasti 280 lokasi di sekitar KADA untuk pembinaan tubewell.

"Kita telah buat (bina) beberapa dalam masa terdekat ini. Ada dalam dua tiga yang telah kita laksanakan dan boleh lihat di tubewell itu mempunyai air yang boleh digunakan.

"Kita akan lihat perkembangan dalam tempoh dua ke tiga hari lagi,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!