Tasik Chini sedia terima kunjungan pelancong

Iklan
Yu Man (dua dari kanan) melawat Tasik Chini selepas majlis penutupan program sesi libat urus: penyediaan pelan pembangunan pengurusan Tasik Chini Rizab Biosfera di Pusat Penyelidikan Tasik Chini pada Ahad.

PEKAN - Tasik Chini bersedia sepenuhnya menerima kehadiran pelancong luar dan dalam negara selepas pelbagai kemudahan disediakan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) termasuk pelancongan berasaskan pendidikan.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, langkah itu dilihat dapat mengembalikan semula kegemilangan pusat pelancongan terbabit.

Iklan
Iklan

"Jadi, antara aktiviti yang tersedia ialah pengunjung akan didedahkan dengan gaya hidup, budaya orang asal, alam semula jadi seperti tumbuhan dan haiwan di sekitar pusat pelancongan itu selain pengetahuan mengenai pengurusan serta keselamatan dalam air," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penutupan program sesi libat urus penyediaan pelan pembangunan pengurusan Tasik Chini Rizab Biosfera di Pusat Penyelidikan Tasik Chini di sini pada Ahad.

Iklan
Yu man bersama agensi terlibat dalam program sesi libat urus: penyediaan pelan pembangunan pengurusan Tasik Chini Rizab Biosfera di Pusat Penyelidikan Tasik Chini pada Ahad.

Mengulas penyediaan pembangunan pelan terbabit, Yu Man berkata, tindakan termasuk jangka masa pendek dan panjang perlu dilaksanakan segera bagi menghidupkan semula Tasik Chini.

Tambahnya, sebanyak 18 agensi dan empat wakil dari perkampungan Orang Asli terlibat dalam perbincangan terbabit yang memfokuskan kepada canaran serta isu dihadapi untuk membangunkan semula Tasik Chini.

Iklan

Yu Man memberitahu pelan pembangunan pengurusan ini akan siap sepenuhnya pada bulan Oktober.

"Walaupun pelan ini siap pada bulan Oktober, tetapi masa ini, kita sudah boleh melakukan sesuatu untuk mengembalikan imej atau persepsi (Tasik Chini), tapi ia memerlukan masa lama membetulkan persepsi tasik ini.

"Jadi, kita mengharapkan rakan media dapat membantu dari segi ini sama ada melalui siaran akhbar atau media sosial termasuk travel pelancong dalam aspek promosi," ujarnya.

Selain itu, Yu Man turut meminta pihak Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) memainkan peranan selain mengharapkan kerjasama komuniti setempat untuk mempromosikan Tasik Chini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!