Polis cari Tan Kee Chong, saksi kes dadah

Iklan
Tan Kee Chong

ALOR SETAR - Polis sedang mengesan seorang lelaki untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Jenayah Alor Setar di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Syed Basri Syed Ali berkata, saksi tersebut dikenali sebagai Tan Kee Chong, 50, dengan alamat terakhir di No 63 Pekan Anak Bukit, Alor Setar.

Iklan
Iklan

Beliau memaklumkan, Kee Chong merupakan saksi bagi perbicaraan kes tangkapan dadah di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Saksi terbabit diminta menghadiri perbicaraan kes tersebut yang akan berlangsung pada 1 Julai depan.

Iklan

"Kehadiran saksi ini amat penting bagi kes perbicaraan yang akan berlangsung," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau menambah, saksi ataupun sesiapa sahaja mengetahui lokasi keberadaan lelaki itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Narkotik Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Inspektor Nur Hafizah Ahmad Kamal di talian 011-15120834.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!