Israel zalim! Ikat lelaki Palestin cedera pada bonet jip

Iklan
IDF mengakui perbuatan melampau askar mereka telah melanggar prosedur operasi ditetapkan. Foto Agensi

JENIN - Kezaliman rejim Zionis sekali lagi terbukti apabila rakaman memaparkan perbuatan tidak berperikemanusiaan tentera Israel mengikat lelaki Palestin yang cedera pada bonet jip ketika serbuan di bandar Jenin, Tebing Barat menjadi tular pada Sabtu.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mujahid Fayyad dari kawasan kejiranan Jabriyat yang terletak antara bandar Burqin dan Jenin.

Iklan
Iklan

Susulan kritikan yang semakin meningkat, tentera Israel pada Ahad mengakui kononnya askar mereka telah melanggar prosedur operasi sepatutnya.

"Lelaki Palestin itu cedera ketika insiden berbalas tembakan sewaktu operasi antikeganasan yang diadakan di kawasan Wadi Burqin untuk memberkas suspek dikehendaki. Perbuatan askar kami ternyata tidak mematuhi nilai yang ditetapkan,” ujar Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam satu kenyataan.

Iklan

Menurutnya, kejadian itu akan disiasat dan ditangani sewajarnya sambil menambah mangsa telah diserahkan kepada Persatuan Palang Merah Palestin untuk dirawat.

Difahamkan, Fayyad kini menerima rawatan di Hospital Ibn Sina di Jenin.

Iklan

Jenin menjadi sasaran serbuan IDF setelah ia didakwa menjadi markas kumpulan penentang dan operasi itu semakin dipertingkatkan sejak Perang Gaza tercetus pada 7 Oktober lalu. - AFP

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.