Padam kebakaran, jumpa pergelangan tangan putus

Iklan
Pergelangan tangan dipercayai tangan kiri dengan kesan darah ditemukan atas jalan raya berhampiran lokasi kebakaran kereta di hadapan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan pada Ahad.

IPOH - Pergelangan tangan manusia yang telah putus ditemui berhampiran lokasi kebakaran kereta di hadapan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di sini pada Ahad.

Pergelangan tangan dipercayai tangan kiri dengan kesan darah itu ditemukan atas jalan raya, namun tiada anggota tubuh badan lain dijumpai berhampiran.

Iklan
Iklan

Penemuan itu disedari anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tambun yang menjalankan operasi memadam kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.16 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tambun, Mohd Jamalludin Mat Yusop berkata, kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios.

Iklan

Menurutnya, nombor pendaftaran kereta terbabit tidak diperoleh susulan telah terbakar 95 peratus.

Operasi pemadaman dilakukan sehingga api padam sepenuhnya sebelum kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Terdapat juga sebuah kereta Proton Saga dan Honda Accord di lokasi kejadian yang terbabit dengan pelanggaran.

Iklan

"Bagaimanapun semua mangsa yang terlibat telah tiada setibanya bomba di tempat kejadian.

"Hanya terdapat pergelangan tangan manusia telah putus di lokasi terbabit," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Ahad.

Beliau berkata, operasi pemadaman dilakukan sehingga api padam sepenuhnya sebelum kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi terkawal dan tamat pada jam 11.49 pagi," katanya.

Difahamkan, sebelum kejadian telah berlaku pergaduhan membabitkan sekumpulan individu sebelum ahli kumpulan terbabit bertindak membakar kereta berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!