Tular surat JAIS tangguh ceramah, kuliah Ustaz Don

Iklan
Surat JAIS yang tular berhubung penangguhan ceramah atau kuliah Ustaz Don di media sosial.

SHAH ALAM - Tular surat daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di media sosial berhubung penangguhan ceramah atau kuliah agama oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atau Ustaz Don.

Surat bertarikh 21 Jun itu memaklumkan, ceramah atau kuliah daripada Ustaz Don membabitkan semua agensi dan institusi masjid, surau serta musala di negeri Selangor hendaklah ditangguhkan.

Iklan
Iklan

Surat ditandatangani Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad itu memaklumkan, penangguhan tersebut melibatkan semua program yang telah pun mendapat persetujuan awal untuk dilaksanakan dan termasuk sebarang program yang sedang di peringkat perancangan.

"Sebarang perubahan berkaitan penangguhan ini akan dimaklumkan semula," menurut surat yang tular itu.

Iklan

Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan daripada Mohd Shahzihan berhubung surat tular berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan RTM menamatkan khidmat Ustaz Don sebagai pengacara program Salam Baitullah selepas beliau mengulangi perbuatan ingkar arahan penerbit dan tidak patuh skrip.

Iklan

Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman dilaporkan berkata, sebagai pengacara, Ustaz Don sepatutnya patuh kepada skrip dan tidak memetik mana-mana kitab atau hadis ketika bersiaran.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.