Seorang maut, dua hilang banjir di Sulawesi Tengah

Iklan
Banjir juga merosakkan rumah, menyebabkan sebilangan penduduk kampung mencari perlindungan di pejabat kampung. Foto BNPB Indonesia

JAKARTA - Seorang maut dan dua lagi hilang dalam banjir di Daerah Parigi Moutong, Wilayah Sulawesi Tengah, Indonesia, kata Agensi Pengurusan Bencana Nasional pada Ahad, lapor Xinhua.

"Hujan lebat di kawasan hulu Sungai Toribulu pada jam 4.38 pagi waktu tempatan pada Ahad, menyebabkan air bercampur lumpur melimpahi penempatan berdekatan," kata jurucakap agensi Abdul Muhari.

Iklan
Iklan

Sebuah jambatan rosak dilanda banjir, memutuskan hubungan ke sebuah kampung dan menjejaskan 120 keluarga.

Selain itu, banjir juga merosakkan rumah, menyebabkan sebilangan penduduk kampung mencari perlindungan di pejabat kampung.

Iklan

Operasi menyelamat mangsa banjir sedang dijalankan dan usaha mencari dua individu yang hilang masih diteruskan.

Agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik telah mengeluarkan amaran bahawa hujan lebat dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga Isnin. - Bernama-Xinhua

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!