[VIDEO] 'Port' warga asing di Bandar Sultan Suleiman digempur

Iklan

KLANG - Kawasan perumahan flat Jalan Sultan Abdul Samad di Bandar Sultan Suleiman yang sebelum ini terkenal dengan koloni warga asing gempar apabila diserbu pada Ahad.

Operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Selangor dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA), Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bersama beberapa agensi melibatkan 298 anggota dan pegawai itu bermula kira-kira jam 5 petang.

Iklan
Iklan

Wartawan Sinar Harian yang mengikuti operasi mengejut itu mendapati kawasan flat lima tingkat yang dikelilingi oleh kawasan perindustrian berkenaan didiami oleh warga asing yang bekerja di kilang-kilang berdekatan.

Pasukan operasi sebelum itu menjalankan kepungan di kawasan sekeliling perumahan berkenaan sebelum serbuan dijalankan.

Iklan

Tinjauan mendapati terdapat beberapa warga asing yang cuba melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Iklan
Antara warga asing yang diperiksa dalam operasi dijalankan di kawasan perumahan flat Jalan Sultan Abdul Samad di Bandar Sultan Suleiman di sini pada Ahad.

Selain itu, terdapat juga warga asing yang cuba menyembunyikan diri bawah kenderaan milik penduduk di kawasan flat berkenaan sebelum tindakan mereka berjaya dikesan pasukan serbuan.

Pemeriksaan dalam pada itu turut dijalankan melibatkan beberapa unit rumah dan ada segelintir warga asing yang berdegil serta enggan membuka pintu ketika diarahkan.

Antara warga asing yang diperiksa dalam operasi dijalankan di kawasan perumahan flat Jalan Sultan Abdul Samad di Bandar Sultan Suleiman di sini pada Ahad.

Warga asing yang ditemui mengaku bekerja di beberapa kilang dan kedai yang terletak berdekatan dan duduk menyewa di kawasan itu malah ada juga majikan yang menyewa unit rumah di kawasan itu untuk dijadikan penempatan buat mereka.

Pemeriksaan kemudiannya dijalankan melibatkan 1,700 warga asing terdiri daripada Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Myanmar.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, pihaknya sebelum ini menerima pelbagai aduan berkaitan kawasan perumahan ini yang didakwa dipenuhi warga asing.

Khairrul Aminus

"Aduan diterima daripada penduduk sekitar selain kehadiran warga asing turut didedahkan menerusi Tik Tok oleh masyarakat menyebabkan operasi ini dijalankan secara besar-besaran.

"Selain itu, risikan dijalankan turut mendapati kawasan perumahan ini sentiasa meriah terutamanya pada hari minggu," katanya dalam sidang akhbar selepas operasi pada Ahad.

Katanya, pihaknya sentiasa mengadakan operasi dan penguatkuasaan terutamanya di kawasan-kawasan yang dikenal pasti menjadi tumpuan warga asing.

Antara warga asing yang ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi dijalankan di kawasan perumahan flat Jalan Sultan Abdul Samad di Bandar Sultan Suleiman di sini pada Ahad.

"Operasi sememangnya kita jalankan secara kerap bagi memastikan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sentiasa dipatuhi.

"Pemeriksaan awal dijalankan mendapati beberapa kesalahan ditemukan dalam operasi kali ini antaranya melibatkan tinggal lebih masa, tidak mematuhi syarat sah permit dan pelbagai kesalahan lain," katanya.

Menurutnya, kesemua warga asing yang ditahan ini akan diperiksa untuk tindakan selanjutnya.

"Kita akan lakukan proses dokumentasi secara lanjut, dan mereka yang dikesan melanggar kesalahan akan dibawa ke pejabat Imigresen Selangor untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!