Pemandangan Matahari Terbenam

Iklan

Pemandangan senja dengan matahari terbenam yang menghiasi bangunan pencakar langit di sekitar ibu kota yang sempat dirakamkan di Bukit Ampang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan keadaan cuaca panas berlaku di rantau negara terutamanya di Semenanjung Malaysia dan menunjukkan peningkatan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celcius iaitu pada Tahap 1.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. Foto Bernama