Penuntut UiTM Jengka maut kemalangan

Iklan
Mangsa, Ahmad Imran meninggal dunia di tempat kejadian. Foto ihsan PDRM

MARAN - Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara(UiTM) Jengka maut selepas terbabit dalam kemalangan di simpang hadapan Balora Mustika Bandar Jengka di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, kemalangan melibatkan motosikal Yamaha R250 dan kereta Nissan Sylphy.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam, mangsa, Ahmad Imran Aiman Md Mubin, 23, beralamat di Felda Lepar Utara 1 yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari UiTM Jengka menghala ke bandar Jengka.

Kereta dinaiki dua beranak remuk selepas terbabit dalam kemalangan tersebut. Foto ihsan PDRM

Ujarnya, akibat kemalangan tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu wanita, 64, dan anaknya berusia 24 tahun mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Jengka," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Jelas beliau, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan