Ekosistem terumbu karang negara kian terjejas

Iklan
Jabatan Perikanan sentiasa memantau keadaan terumbu karang dari semasa ke semasa.

SHAH ALAM - Nilai ekonomi taman laut yang sebahagian besarnya dikelilingi ekosistem terumbu karang berjumlah RM8.7 bilion setahun melalui pelbagai perkhidmatan ekosistem.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Bohari Leng berkata, kelunturan karang merupakan ancaman besar kepada kesihatan terumbu karang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia turut memberikan implikasi serius terhadap biodiversiti marin, perikanan terumbu karang serta memberi kesan terhadap pelancongan di Malaysia.

"Pengusiran ini menyebabkan batu karang menjadi putih dan mengakibatkan rupa terumbu karang menjadi luntur.

Iklan

"Kelunturan secara besar-besaran merujuk kepada kelunturan berskala besar pelbagai spesies karang disebabkan kenaikan suhu air laut yang melebihi paras purata normal suhu tahunan dalam tempoh berpanjangan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, negara mengalami peristiwa kelunturan yang ketara pada tahun 1998, 2004, 2010, dan 2014 sehingga 2016.

Iklan

"Berdasarkan suhu air laut global, kelunturan karang dijangka akan menjadi lebih kerap pada tahun-tahun mendatang.

"Sejak awal tahun ini, United States National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) telah mengeluarkan pemberitahuan 'Bleaching Watch' untuk Malaysia, yang menunjukkan suhu permukaan laut melebihi purata dan potensi tekanan terma pada terumbu karang," katanya.

Menurutnya, sebagai tindak balas, pihaknya mengeluarkan amaran pada 1 April 2024 kepada semua Pejabat Perikanan Negeri untuk memantau keadaan terumbu dan melaporkan tanda-tanda kelunturan karang.

"Tinjauan yang dijalankan dari April hingga Jun menunjukkan bahawa lebih 50 peratus terumbu karang, khususnya di Kepulauan Taman Laut seperti Pulau Payar (Kedah), Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Tenggol (Terengganu), Pulau Tioman (Pahang), dan Pulau Pemanggil (Johor), terjejas akibat peningkatan suhu permukaan laut.

Bohari berkata, semua pihak diseru agar bersama membantu meminimumkan kesan kelunturan karang.

"Pengusaha pelancongan di pulau-pulau taman laut digalakkan mengawal jumlah pelancong yang terlibat dalam aktiviti rekreasi air bagi mengurangkan tekanan ke atas terumbu.

"Pada masa sama, pelancong harus mengelakkan sebarang sentuhan fizikal dengan batu karang semasa aktiviti air, mengurangkan penggunaan plastik sekali pakai, membuang sisa sampah dengan betul dan melaporkan penemuan kelunturan karang kepada Jabatan Perikanan atau pihak berkuasa yang berkaitan," katanya.

Jelasnya, kerjasama orang ramai penting dalam menguruskan kesan kelunturan karang secara besar-besaran.

"Kita harus bersama membantu melindungi dan memelihara terumbu karang Malaysia yang tidak ternilai untuk generasi akan datang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!