Parlimen North Macedonia lantik Mickoski sebagai perdana menteri baharu

Iklan
Hristijan Mickoski

BUDAPEST - Ahli Parlimen North Macedonia pada Ahad melantik ketua parti VMRO-DPMNE, Hristijan Mickoski sebagai perdana menteri yang baharu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Seramai 77 ahli Parlimen daripada 120 kerusi mengundi menyokong kerajaan baharu, manakala 22 menentang dan 21 lagi berkecuali.

Iklan
Iklan

VMRO-DPMNE pimpinan Mickoski memenangi pilihan raya parlimen pada Mei dan membentuk gabungan dengan perikatan Albania VLEN dan parti liberal ZNAM untuk memerintah.

Gabungan itu menggantikan Kesatuan Demokratik Sosial Macedonia (SDSM).

Iklan

SDSM memerintah Macedonia sejak 2017, yang dinamakan semula sebagai North Macedonia pada 2019.

Negara itu menyertai NATO pada 2020 selepas kerajaan bekas perdana menteri Zoran Zaev menyelesaikan pertikaian nama dengan Greece.

Iklan

Athens menuntut perubahan itu kerana sebuah wilayah di utara Greece dinamakan Macedonia. - Bernama-dpa

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!