Bekas pensyarah jana pendapatan ribuan ringgit tanam pokok kristal

Iklan
Aziz menunjukkan buah kristal yang dianggarkan akan masak dalam tempoh dua minggu lagi.

KODIANG - Bermula dari sekadar hobi, seorang bekas pensyarah di Kampung Kubang Menerong di sini tidak menyangka dapat menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan hasil tanaman pokok kristal yang diusahakannya.

Aziz Romli, 66 berkata, dia mula berjinak-jinak dengan tanaman pokok kristal yang juga dikenali sebagai matoa itu kira-kira 10 tahun lalu selepas diperkenalkan sahabatnya.

Iklan
Iklan

"Ketika itu kawan saya dari Perak dapat benih dari Klang yang dibawa masuk dari Indonesia.

"Saya beli lapan anak pokok dengan harga RM10 sepokok, tapi yang hidup membesar sehingga sekarang enam pokok sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, selepas tiga tahun enam pokok terbabit berbuah dengan mengeluarkan hasil anggaran 100 kilogram sepokok.

Buah kristal atau matoa mempunyai tiga rasa iaitu rambutan, durian dan laici

"Tetapi baru-baru ini cuaca kemarau hasil menurun sedikit, sepokok dapat sekitar 50-60 kilogram sahaja," katanya.

Iklan

Aziz yang merupakan bekas pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, penjagaan pokok terbabit mudah selain tahan lasak.

"Masa awal-awal dulu pokok ini berbuah setahun sekali, tapi sekarang tidak menentu ada setahun dua kali berbuah, ada setahun tiga kali," katanya.

Jelasnya, permintaan terhadap buah matoa sangat tinggi kebelakangan ini setelah ramai mula menyukai rasanya yang unik.

"Dalam sebiji buah kristal ini kita dapat rasa tiga jenis buah iaitu rambutan, durian dan laici, buah ini unik berbanding buah mata kucing.

Anak pokok matoa yang dijual pada harga RM25 hingga RM30.

"Saya jual buah ini pada harga RM30 sekilogram dan turut memasarkannya secara dalam talian. Alhamdulillah permintaan sangat memberangsangkan," katanya.

Menurutnya, selain buah, dia turut menjual anak pokok buah matoa pada harga antara RM25 hingga RM30 bergantung pada saiz.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!