Trend dekatkan muka ke skrin menjurus perbuatan jijik, haram dilakukan

Iklan
TREND seorang wanita mengajak penonton untuk mendekatkan muka ke skrin sama sekali menyalahi norma serta batasan yang digariskan Islam. Gambar hiasan/Foto CANVA

ERA media sosial mendominasi sekarang ini, bilangan pempengaruh atau influencer dan pencipta kandungan semakin bertambah dari masa ke masa umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Pelbagai kandungan kreatif dicipta bagi menarik perhatian peminat dan orang ramai. Semakin ramai yang menonton dan menyukainya, semakin bersemangatlah influencer tersebut mencipta kandungan yang lain.

Iklan
Iklan

Islam tidak melarang sama sekali untuk mereka mencipta dan memuat naik kandungan, namun di sana terdapat garis panduan yang perlu dipatuhi termasuk tidak mendedahkan aurat, kandungan tidak menyalahi ajaran agama dan sebagainya.

Bagaimanapun kebelakangan ini timbul satu trend daripada seorang wanita yang mengajak penontonnya untuk mendekatkan muka ke skrin dan ia sama sekali menyalahi norma serta batasan yang digariskan Islam.

Iklan

USTAZAH ASMA'

Malah lebih membimbangkan lagi ia telah menjadi bahan untuk pencipta kandungan melakukan perbuatan jijik, menurut pendakwah, Ustazah Asma’ Harun.

Iklan

Ustazah Asma’ menjelaskan, normalisasi soft porn ini sekali gus boleh menaikkan syahwat dan mendekatkan diri kepada penzinaan.

WALAUPUN sekadar kandungan, kelakuan itu boleh menjuruskan kepada perbuatan jijik dan soft porn. Gambar hiasan.

ALLAH melarang sama sekali hamba-NYA melakukan zina, malah larangan tersebut menyuruh umat Islam jangan sesekali mendekati zina dan perbuatan-perbuatan ke arah penzinaan tersebut.

"Cara begini sudah termasuk dalam larangan jelas yang mendatangkan dosa dan hukumnya haram.

"Bertakwalah dengan firman ALLAH SWT: "Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu). Dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan),” katanya memetik ayat ke-32 surah Al-Ahzab.

"Tidak aku tinggalkan selepas daripada yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sebaliknya, Ustazah Asma’ menjelaskan sebaik-baik wanita adalah wanita solehah berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”‏ (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu katanya, wanita perlu menjaga kehormatan diri sebagaimana firman ALLAH SWT:

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” (Surah an-Nur: 31)

JAUHILAH trend yang menyalahi norma dan garis panduan Islam. Gambar hiasan

Beliau turut mengingatkan umat Islam agar memelihara diri dan keluarga dari api neraka sebagaiman firman ALLAH SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya adalah manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya). Mereka tidak menderhaka kepada ALLAH dalam segala yang diperintahkan-NYA kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Surah at-Tahrim: 6)