Sanusi ajak Akmal Nasarullah lawan bola pakai duit sendiri

Iklan
Tangkap layar di FB Muhammad Sanusi pada Isnin.

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyambut pelawaan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir untuk turun bermain bola sepak sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Menurutnya, bagaimanapun Akmal diminta untuk hadir dengan perbelanjaan sendiri ke kawasan tersebut bagi menyertai perlawanan persahabatan bola sepak yang dicadangkan pada Ahad depan.

Iklan
Iklan

"Boleh kalau nak lawan bola, tapi sila datang kempen dengan belanja sendiri.

"Bukan menumpang belanja kementerian atas alasan lawat loji rawatan air (LRA)," katanya yang dipetik melalui Facebook rasminya pada Isnin.

Iklan

Terdahulu, Akmal membuat pelawaan tersebut pada ceramah perpaduan yang diadakan di Nibong Tebal, pada Ahad.

"Kalau kita ajak debat dia tak nak dengar, kalau kita ajak bincang isu dia tak minat... tapi kalau betul dia rasa 'sempoi' jom turun lawan bola dengan kami pada Ahad depan," cabarnya.

Iklan

Pada ceramah yang sama juga, Akmal turut menjemput MB Kedah itu turut bersama dalam lawatan ke dua buah loji rawatan air di Kedah bagi meninjau perkembangan terkini kerja-kerja pembinaannya yang mengalami kelewatan.

Menurutnya, jemputan itu telah dimaklumkan lebih awal kepada Kerajaan Negeri Kedah dan Syarikat Air Darul Aman (SADA) sebelum ini bagi meninjau LRA Bukit Selambau dan LRA Sungai Limau.

Akmal memberitahu, kedua-dua LRA yang dikawal selia dan dipantau kerajaan negeri itu mengalami kelewatan dalam kerja-kerja pembinaannya sebanyak 30 dan 50 peratus daripada jadual yang ditetapkan.

Bagaimanapun, katanya kedua-dua projek berkenaan sepatutnya siap pada April lalu dan penghujung Jun ini.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.