SKMM turun 308 kandungan lucah, 838 unsur pelacuran

Iklan
Nie Ching ketika sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama penyedia platform media sosial telah menurunkan 308 kandungan lucah dan 838 berunsur pelacuran dalam tempoh 1 Januari hingga 1 Jun lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, antara media sosial terlibat termasuk X dan Telegram yang melanggar piawaian komuniti pihak penyedia platform dan undang-undang sedia ada.

Iklan
Iklan

"Bagi tempoh sama, SKMM telah melaksanakan tindakan sekatan ke atas 549 laman lucah dan 69 laman pelacuran. Bagi tindakan penguatkuasaan pula, sebanyak tujuh kes masih di bawah siasatan SKMM melibatkan kandungan lucah.

"Tindakan ini akan diteruskan oleh SKMM dari semasa ke semasa berdasarkan pemantauan serta aduan yang diterima daripada pihak berkuasa dan orang awam,” katanya ketika sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Siti Aminah Aching (PN-Beaufort) Serai) mengenai perancangan kerajaan bagi membanteras budaya ‘dark side’ dan tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian terhadap pengendali akaun menawarkan aktiviti pelacuran dalam platform X dan Telegram.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kulai itu memberitahu bahawa kegiatan pelacuran sama ada dalam atau luar talian adalah di bawah tindakan dan bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan

"Selain itu, SKMM melaksanakan tindakan penguatkuasaan berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia [Akta 588] jika kandungan yang dimuat naik bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Nie Ching berkata, sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial giat dijalankan bagi mengukuhkan komitmen dan kerjasama memastikan keberkesanan inisiatif pemantauan serta pengawalan kandungan yang memudaratkan.

"Dalam hal ini, Menteri Komunikasi akan mengadakan pertemuan dengan semua penyedia platform media sosial pada bulan Julai ini,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!