Fenomena La Nina: Kerajaan Selangor buat persiapan rapi

Iklan
Mohd Najwan (tiga dari kanan) ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Selangor di sini, pada Selasa

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor membuat persiapan rapi dalam menghadapi sebarang implikasi fenomena La Nina yang dijangka melanda negara antara Julai hingga September.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, sesi taklimat bersama Unit Pengurusan Bencana Selangor telah diadakan bagi menghadapi perkara tersebut.

Iklan
Iklan

Ujarnya, kerajaan Selangor sentiasa memantau dari semasa ke semasa terhadap sebarang perubahan iklim dan cuaca bagi memastikan langkah komprehensif dapat untuk dilaksanakan.

"Kita memang memantau sebarang kemungkinan atau implikasi perubahan iklim dari La Nina ini supaya kita dapat tanganinya," katanya.

Iklan

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Kepada Persatuan Memanah Selangor dan Kelab Ragbi Selangor di Pejabat MBI di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Pengarah Eksekutif MBI Selangor, Saipolyazan M Yusop.

Iklan

Pada 9 Jun, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan fenomena La Nina, yang biasanya membawa keadaan cuaca lebih lembap, dijangka bermula antara Julai dan September.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah dilaporkan berkata, fenomena itu lazimnya mencapai kemuncaknya menjelang akhir tahun dan berterusan pada awal tahun depan.

Ujarnya, La Nina boleh bertahan antara lima hingga 18 bulan, berdasarkan model ramalan antarabangsa, La Nina akan datang dijangka berada pada kekuatan lemah atau sederhana.

Muhammad Helmi, bagaimanapun, menegaskan setiap episod La Nina adalah unik dan mungkin memberikan hasil yang berbeza.

MetMalaysia akan terus memantau keadaan dengan teliti dan mengemas kini maklumat cuaca negara berdasarkan input terkini daripada pelbagai model cuaca.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!