Orang Asli maut dipijak gajah liar

Iklan
Seorang lelaki Orang Asli maut akibat dipijak gajah liar di sebuah kebun getah dekat Kampung Lerlar Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di Gerik pada Ahad. (Gambar kecil: Zulkifli) Gambar hiasan

GERIK - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki Orang Asli maut akibat dipijak gajah liar di sebuah kebun getah dekat Kampung Lerlar Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di sini pada Ahad.

Dalam kejadian sekitar jam 3.15 petang itu, mangsa, Alang Aluej, 65, meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan berlumuran darah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, kejadian disedari anak perempuan mangsa selepas mendengar bunyi teriakan bapa dan suara tempikan gajah.

Menurutnya, wanita berusia 44 tahun bersama abang ipar kemudiannya pergi ke tempat kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring.

Iklan

"Semasa kejadian mereka berada di rumah kebun yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian dan sempat melihat kelibat seekor gajah di kawasan itu," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

"Semasa berada di kebun getah itu, mangsa dipercayai telah terserempak dan dipijak seekor gajah.

Iklan

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Zulkifli berkata, penduduk di RPS Kemar diminta untuk lebih berhati-hati sekiranya menjalankan aktiviti pertanian.

"Paling penting maklumkan kepada pihak berkuasa jika terdapat kehadiran hidupan liar agar tindakan sewajarnya dapat diambil," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!