Jurujual mengaku rompak guna lawi ayam

Iklan
Putera Anwar Aidil (kiri) dikawal polis tiba di Mahkamah Kota Bharu.

KOTA BHARU - Seorang jurujual mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan terhadap seorang individu pada 8 April lalu.

Tertuduh, Putera Anwar Aidil Mazlan, 24, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Zulkifli Abllah.

Iklan
Iklan

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bersama dua yang masih bebas didakwa melakukan rompak berkumpulan dengan menggunakan senjata berbahaya iaitu lawi ayam terhadap pemuda berusia 24 tahun dengan mengambil jam tangan G-Shock, dompet, telefon bimbit dan sebuah motosikal Honda EX5.

Kesalahan itu dilakukan di kawasan perkuburan Kampung Pauh Lima, Gunong, Bachok pada jam 10 malam.

Iklan

Pendakwaan didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama seksyen 397 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Pada prosiding itu, Siti Edabayu tidak mencadangkan wang jaminan kepada tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Julai ini untuk fakta dan jatuh hukum.

Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!