Ikan hiasan

Iklan
Sebanyak 90 jenis ikan menjadi perhatian peminat ikan hiasan kerana harga jauh lebih murah termasuk spesies sukar dijumpai ketika tinjauan foto Bernama di Aza Aquarium, Bandar Baru Bangi hari ini.

Industri ikan hiasan mempunyai potensi besar kepada ekonomi negara terutama dari segi eksport dan pendapatan penternak dengan pengeluarannya dijangka meningkat sebanyak 352 juta ekor bernilai RM550 juta menjelang 2030.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, pengeluaran ikan hiasan pada 2023 adalah sebanyak 241 juta ekor dengan nilai RM373 juta dan 21 peratus daripadanya bagi tujuan eksport.

Pencapaian ini jelas menunjukkan bahawa industri ikan hiasan Malaysia mempunyai potensi besar untuk terus berkembang.