Budak 12 tahun dicari dipercayai lari ikut teman lelaki

Iklan
Nur Nisa, 12, dicari polis dipercayai lari mengikut teman lelakinya menaiki kereta di Taman Megah, Petaling Jaya pada Ahad.

PETALING JAYA - Seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar berusia 12 tahun dicari selepas dipercayai melarikan diri mengikut teman lelaki, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, laporan diterima pihaknya pada jam 4.30 petang dari bapa kanak-kanak terbabit.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati bapa mangsa telah menghantar anaknya bernama Nur Nisa, 12, ke kedai gunting rambut di Taman Megah, Petaling Jaya.

"Namun kanak-kanak terbabit yang memakai baju T dan seluar jeans biru itu bertindak melarikan diri dengan seorang individu disyaki teman lelakinya dengan menaiki kereta," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Shahrulnizam

Iklan

Beliau berkata, mangsa merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Tambahnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu boleh hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!