Runtuhan susulan berlaku di kaki Gunung Kinabalu

Iklan
Pasukan bomba melakukan pemantauan di Sungai Mesilau berhampiran Mesilau Nature Resort, Kundasang, Ranau.

RANAU - Tanah runtuh yang berlaku di Gunung Kinabalu pada Ahad, membawa kepada runtuhan susulan di kawasan kaki gunung ulu Sungai Mesilau pada awal pagi Isnin.

Runtuhan kecil yang berlaku pada jam 8.50 pagi itu menyebabkan warna air berubah menjadi keruh di sungai tersebut.

Iklan
Iklan

Penguasa Taman Kinabalu Sub-Stesen Mesilau, Suhaimin Dusilin berkata, susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Gunung Kinabalu pada Ahad menyebabkan satu lagi runtuhan kecil di Mesilau.

Susulan kejadian tanah runtuh di Gunung Kinabalu pada Ahad menyebabkan satu lagi runtuhan kecil di Mesilau.

"Namun keadaan landskap sungai tidak berubah cuma airnya berubah warna menjadi keruh.

Iklan

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Talib berkata, pihaknya sekali lagi membuat pemantauan di Sungai Mesilau berhampiran Mesilau Nature Resort.

Keadaan landskap sungai tidak berubah cuma airnya keruh.

"Pihak bomba juga mendapatkan maklumat daripada penduduk kampung yang berhampiran kawasan Sungai Mesilau.

Iklan

"Air sungai masih mengalir seperti biasa cuma sedikit berlumpur," katanya.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan Gunung Kinabalu, pada awal pagi Ahad dan video mengenainya turut tular di media sosial.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!