Mengadu kes judi, kena tahan kes Love Scam

Iklan
Seorang anggota Rela yang hadir ke balai membuat laporan berkait kes perjudian dalam talian ditahan kerana dipercayai terlibat dengan jenayah penipuan Love Scam melibatkan kerugian berjumlah RM16,650. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Rosdi)

KOTA BHARU - Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang hadir ke balai membuat laporan berkait kes perjudian dalam talian ditahan kerana dipercayai terlibat dengan jenayah penipuan Love Scam melibatkan kerugian berjumlah RM16,650.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, suspek yang berusia 46 tahun itu ditahan selepas hadir di Balai Polis Pengkalan Chepa dekat sini pada Ahad.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil semakan ke atas nombor kad pengenalannya mendapati dia mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

"Lelaki terbabit mempunyai dua rekod jenayah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki harta curi dan 379(A) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Iklan

"Suspek juga ada satu rekod penipuan di Kuantan, Pahang mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang yang amat dikehendaki berkait kes Love Scam di laman sosial Facebook pada 2018 melibatkan kerugian berjumlah RM16,650,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Rosdi berkata, penahanan ke atas suspek dibuat oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Iklan

"Suspek ditahan berdasarkan maklumat rekod lampau tersebut dan akan diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kuantan, Pahang untuk siasatan lanjut,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!