Tiada kompromi terhadap pihak terlibat ideologi pengganas - Saifuddin

Iklan
Saifuddin ketika bercakap pada sidang akhbar khas di Kementerian Dalam Negeri hari ini. - Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan bertegas tiada sebarang kompromi terhadap mana-mana pihak yang menjadi penghasut, pelaku, penyokong dan pemberi simpati buat elemen ekstremisme, radikalisme dan keganasan di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak berkuasa juga akan mengambil tindakan penguatkuasaan paling berat ke atas golongan yang terlibat dengan kegiatan jenayah tersebut.

Iklan
Iklan

"Hal ini didorong oleh kecekapan dan ketangkasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkis ancaman ekstremisme, radikalisme dan keganasan di peringkat awal yang menjadi manifestasi kesiapsiagaan dan kompetensi pasukan dalam mendepani sebarang ancaman pada setiap masa.

"Orang ramai, aktivis masyarakat, organisasi serta badan bukan kerajaan, pihak swasta dan semua pihak juga digesa untuk berkerjasama menggembeleng usaha bagi bersama-sama menangani ancaman ini daripada menggugat perpaduan dan keamanan negara," katanya ketika sidang akhbar khas di Kementerian Dalam Negeri di sini pada Isnin.

Iklan

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sei Razarudin Husain dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid.

Sementara itu, Saifuddin pada masa sama turut menggesa rakyat negara ini supaya terus prihatin dan peka terhadap ancaman bentuk baharu menerusi teknologi moden ketika ini.

Iklan

Ini kerana katanya, media sosial dilihat menjadi medium untuk menyebarkan fahaman keganasan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!