Farida Jalal dedah sikap Akshay Kumar di set penggambaran

Iklan
Farida dan Akshay telah beberapa kali bekerjasama.

DI sebalik kejayaan membawakan apa sahaja watak lakonannya, aktor yang mendapat jolokan 'khiladi' (pemain) Bollywood, Akshay Kumar mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan dialognya.

Perkara itu didedahkan oleh aktres veteran yang tidak asing lagi dalam dunia Bollywood iaitu Farida Jalal.

Iklan
Iklan

Menurut Farida, 75, Akshay sering membaca dialognya daripada papan putih yang diletakkan di belakang kamera.

"Saya sudah bekerja dengannya menerusi banyak filem seperti Elaan, Aflatoon, Dil To Pagal Hai, dia tidak begitu sama sekali sebelum ini. Tetapi pengalaman telah memberikan dia kelebihan.

Iklan

"Bagaimana cara dia melakukannya (berlakon sambil membaca skrip di sebalik kamera)? Bagi saya ia adalah bakat kerana penonton tidak tahu bahawa dia sedang membacakan dialog dalam keadaan dia sedang menjayakan wataknya," katanya.

Sebelum ini, heroin yang pernah bergandingan dengan Akshay iaitu Bhumi Pednekar, mendedahkan aktor itu membaca dialog daripada kad kiu ketika proses penggambaran dilakukan.

Iklan

"Ia adalah bakat dan sebuah seni. Selalunya pelakon akan menghafal barisan dialognya, tetapi Akshay melontar dialognya ketika kamera sedang merakam aksinya.

"Akshay memberitahu, dia berbuat sebegitu kerana mahu berada selari dengan masa," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!