Disangka ayam dimakan musang, rupanya harimau kumbang

Iklan
Kaharudin menunjukkan perangkap yang dipasang Perhilitan. (Gambar kecil: Kesan tapak kaki yang ditemui dipercayai milik harimau kumbang.)

JELEBU - Siapa sangka lebih 50 ternakan ayam milik seorang warga emas di Kampung Gagu dekat sini yang mati sebelum ini rupanya dibaham harimau kumbang, bukannya musang.

Malah keadaan itu menyebabkan rutin harian Mohd Kaharudin Ibrahim, 60, ke surau setiap kali waktu Maghrib dan Isyak terganggu sejak seminggu lalu.

Iklan
Iklan

"Tetapi semuanya berubah empat hari lepas, kira-kira jam 9.30 malam setelah melihat sendiri binatang buas itu dekat reban ayam sekali gus saya dan isteri mula diselubungi ketakutan," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya pada Isnin.

Mohd Kaharudin berkata, kini ternakannya hanya tinggal 14 ekor dan kesemuanya anak ayam.

Iklan
Kaharudin

"Kalau dahulu kami boleh bersantai-santai waktu malam dan menjelang Maghrib, sekarang tidak lagi. Risau harimau muncul. Saya harap harimau ini segeralah masuk perangkap," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kehadiran haiwan pemangsa yang telah menyerang ternakan penduduk.

Iklan

Menurutnya, pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan meminta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan melakukan siasatan dan mencari penyelesaian terhadap aduan ini.

"Hasil siasatan di lokasi kejadian, pihak jabatan mendapati terdapat kesan kehadiran disyaki spesies harimau di kawasan reban pengadu.

"Perhilitan telah memasang perangkap Harimau Kumbang di lokasi kejadian," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!