Bekas pengarah dedah banyak unsur jenayah dalam pengurusan SRC

Iklan
Suboh hadir di Mahkamah Tinggi pada Isnin untuk memberikan kenyataan selaku responden pihak ketiga dalam kes saman AS.8 bilion dikemukakan SRC terhadap Najib dan Nik Faisal. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah SRC International Sdn Bhd, mengakui di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa terdapat banyak unsur jenayah dan pemalsuan berlaku dalam pengurusan syarikat pelaburan strategik itu.

Malah, Datuk Suboh Md Yassin, 73, membuat pengakuan itu berkata, bekas ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Nik Faisal Ariff Kamil, yang kini menjadi buruan pihak berkuasa telah berbohong kepada lembaga pengarah berhubung penghantaran balik dana SRC dari luar negara.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika disoal oleh peguam, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai responden pihak ketiga dalam saman sivil AS$1.18 bilion SRC terhadap bekas Perdana Menteri dan Nik Faisal.

Muhammad Shafee: Saya telah membuktikan kepada anda dan anda bersetuju bahawa terdapat banyak pemalsuan yang berlaku dalam pengurusan?

Iklan

Suboh: Ya.

Muhammad Shafee: Adakah anda bersetuju dengan saya bahawa Nik Faisal tidak menghantar balik dana walaupun berjanji kepada lembaga?

Iklan

Suboh: Ya.

Disoal lanjut oleh peguam sama ada terdapat penyangak dalam pengurusan yang menjalankan rancangan SRC, saksi itu juga menjawab dengan"ya".

Di bawah pengurusan baharu, SRC memfailkan saman itu pada Mei 2021, mendakwa Najib telah melakukan pecah amanah dan salah guna kuasa, secara peribadi mendapat manfaat daripada dana syarikat dan menyalahgunakan dana tersebut.

Ia juga memohon pengisytiharan mahkamah yang menganggap Najib bertanggungjawab ke atas kerugian syarikat akibat pelanggaran tugas dan amanahnya dan untuk Najib membayar balik kerugian RM42 juta yang ditanggung syarikat itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung esok. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!