Dua beradik nelayan ditahan bersama 98 bungkus air ketum

Iklan
Polis merampas 98 bungkus air ketum seberat 117 liter dalam serbuan di sebuah rumah di Chendering, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Dua nelayan ditahan bersama 98 bungkus mengandungi 117 liter cecair disyaki air ketum yang telah siap diproses dalam serbuan di sebuah rumah di Chendering, dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, dua lelaki itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Terengganu di ruang tamu rumah berkenaan sekitar jam 1 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua suspek masing-masing berusia 44 dan 26 tahun itu merupakan adik-beradik.

Beliau berkata, ketika serbuan, pihak polis menjumpai tong berwarna oren dalam stor rumah yang mengandungi 98 bungkus plastik berisi cecair berwarna hijau disyaki air ketum.

Polis menjumpai tong oren dalam stor rumah yang mengandungi cecair disyaki air ketum.

Iklan

Katanya, pihak polis telah merampas barangan dianggarkan bernilai kira-kira RM1,470 itu dan dibawa ke BSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

"Siasatan awal mendapati setiap sebungkus air ketum seberat 1.2 liter itu dijual dengan harga RM15 di sekitar Chendering," ujarnya.

Iklan

Beliau berkata, suspek di siasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!