Barnabas Varga mungkin jalani pembedahan selepas patah tulang muka

Iklan
Varga berlanggar dengan penjaga gol Scotland, Angus Gunn pada pertengahan separuh masa kedua. Foto Reuters

PENYERANG Barnabas Varga mungkin menjalani pembedahan selepas beberapa tulang mukanya patah semasa Hungary meraih kemenangan 1-0 ke atas Scotland dalam aksi Euro 2024 pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

Persekutuan Bolasepak Hungary dalam kenyataan memalumkan, selain patah beberapa tulang di muka, Varga juga mengalami gegaran otak selepas terbabit perlanggaran.

Iklan
Iklan

"Penyerang Ferencvaros ini berkemungkinan besar akan menjalani pembedahan. Dia menghabiskan malam di hospital di Stuttgart. Seluruh pasukan memberikan sokongan untuknya!" kata persekutuan itu.

Perlawanan Kumpulan A menentang Scotland terhenti selama kira-kira 10 minit selepas Varga berlanggar dengan penjaga gol Scotland, Angus Gunn pada pertengahan separuh masa kedua.

Iklan

Dia dibawa keluar dari padang dengan pengusung dan dibawa ke hospital dengan ambulans.

Penyerang berusia 29 tahun itu telah menjaringkan tujuh gol dalam 13 perlawanan untuk negaranya. - Bernama-Anadolu

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!