Biden tidak serius tamatkan genosid - Tun M

Iklan
Hantaran Facebook Dr Mahathir pada Isnin.

SHAH ALAM - Usaha untuk tamatkan genosid Israel terhadap rakyat Palestin tidak dibuat secara serius oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, sebagai pemimpin kuasa besar Biden boleh mengundang pemimpin-pemimpin Israel dan Hamas untuk membuat pengakuan menghentikan perang secara rasmi.

Iklan
Iklan

Namun katanya, perkara tersebut tidak dilakukan oleh pemimpin kuasa besar dunia itu.

"Yang kita dengar ialah kenyataan oleh Biden bahawa Hamas tidak terima keputusan yang disahkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Iklan

"Ini adalah kenyataan yang benar. Dan yang nyata juga ialah AS masih membekal Israel dengan senjata dan dana untuk Israel meneruskan perang genosid mereka," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Tambah bekas Ahli Parlimen Langkawi itu, tindakan berani Israel melakukan genosid kerana 'diizinkan' AS.

Iklan

"Joe Biden mendakwa Israel sudah terima formula henti perang yang dicadang olehnya dan dilulus oleh UNSC. Yang tidak terima, kata Biden ialah Hamas.

"Jika Israel terima kenapakah Israel masih menyerang Gaza? Israel bukan sahaja terus menyerang tetapi sudah tingkatkan serangan sehingga lebih ramai rakyat Gaza dibunuh," katanya.

Ujarnya, apa yang jelas ketika ini tidak nampak Israel menerima gencatan perang seperti yang didakwa oleh Biden.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!