Pendapat peribadi Tok Mat, bukan UMNO - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid pada majlis Perasmian Program Karisma Pemikir Madani Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran UiTM Seluruh Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur pada Isnin.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pendirian UMNO tetap bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada BlackRock Inc melalui Global Infrastructure Partners (GIP).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan turut menolak sebarang dakwaan kononnya UMNO tidak setuju dengan keputusan berkenaan dan menyifatan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini sebagai pandangan peribadi.

Iklan
Iklan

"Pendapat yang diberi oleh Tok Mat adalah pendapat peribadi, saya telah bertemu dengan beliau malam tadi dan menyatakan itu pandangan peribadi dan bukan UMNO secara rasmi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Karisma Pemikir Madani Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran UitM Seluruh Malaysia di sebuah hotel di sini pada Isnin.

Mohamad Hasan pada Ahad mendakwa keputusan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) berkenaan tidak dibuat melalui Kabinet, namun masih mengharapkan ia dikaji semula.

Iklan

Ahmad Zahid dalam pada itu menafikan keputusan penjualan saham tersebut tidak dibawa ke dalam mesyuarat Kabinet seperti yang didakwa.

"Ada dibawa (dalam mesyuarat Kabinet) tapi tidak dibincangkan secara terperinci seperti penjelasan semalam, tapi pada (mesyuarat) pra-Kabinet baru dibincangkan secara terperinci kepada seluruh ahli Parlimen Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara serta menteri dan timbalan menteri,” katanya.

Iklan

Anwar sebelum ini tidak mahu isu BlackRock menguruskan lapangan terbang di Malaysia dijadikan wayang politik.

Beliau berkata, kerajaan telah bertegas untuk membatalkan kerjasama dengan semua syarikat yang beroperasi di Israel.

Namun katanya tindakan sama tidak boleh diambil bagi syarikat-syarikat berkaitan Israel yang beroperasi di negara lain buat masa ini bagi memastikan ekonomi negara tidak terjejas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!