KUANTAN - Pahang mempertaruhkan kira-kira 50 peratus daripada 603 atlet adalah muka baharu dalam kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak dari 17 hingga 24 Ogos ini.
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, Fadzli Mohamad Kamal berkata, penampilan atlet baharu itu diyakini dapat mencapai sasaran untuk memungut 40 pingat emas dalam kejohanan tersebut.
"Ramai juga atlet baharu dan 50 peratus untuk Sukma kali ini. Kita sentiasa tambah baik peralatan dan perkakasan (para) atlet di Pahang.
Menurutnya, jumlah itu realistik berdasarkan komitmen diberikan Kerajaan Pahang.
Beliau berkata demikian pada selepas mengadakan pertemuan bersama atlet sukan tinju Majlis Sukan Pahang di Pusat Latihan Tinju di sini, pada Isnin.
Fadzli memaklumkan, Kerajaan Pahang mengeluarkan perbelanjaan besar bagi memastikan atlet mendapat latihan secukupnya.
"Kita bersedia berbelanja dan ramai atlet kita terima latihan di luar negara termasuk sukan tinju. Justeru bila sampai ke Sukma nanti, kita dapat capai keputusan yang sudah dibuat," ujarnya.
Sebelum itu, Fadzli mahu komitmen dan prestasi dipertingkatkan menjelang temasya di Sarawak, Ogos depan.
Katanya, atlet yang akan menggalas tanggungjawab negeri itu diharap berada pada prestasi terbaik.
Pada Sukma Sarawak kali ini, Pahang mempertaruhkan 603 atlet, masing-masing 327 lelaki dan 276 wanita.
Di Sukma Sarawak, kontinjen Pahang menghantar 603 atlet membabitkan 327 lelaki dan 276 wanita.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!