'Betul itu motosikal anak saya'

Iklan
Motosikal yang ditemukan di lokasi rangka disahkan digunakan Hafiz Fauzan pada malam kehilangannya pada 26 Mei lalu.

BATU PAHAT - Ayah kepada remaja, Hafiz Fauzan, 17, mengesahkan motosikal yang ditemui berhampiran rangka manusia di tepi tebing Jalan Yong Peng, berdekatan Kompleks Penghulu Linau, pada Isnin, kenderaan yang digunakan anaknya.

Abdul Halid Sugiman, 44, mengesahkan perkara itu selepas hadir ke Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk membuat pengecaman motosikal serta dokumen yang ditemui berhampiran rangka manusia itu, pada petang Isnin.

HAFIZ FAUZAN

Iklan
Iklan

"Betul, itu adalah motosikal yang digunakan oleh Hafiz Fauzan ketika keluar menonton perlawanan bola sepak pada malam 26 Mei lalu," katanya ketika dihubungi.

Ujarnya, tiada sebarang petanda yang ditunjukkan oleh anaknya itu ketika mereka keluar makan malam malah menonton video nasyid di dalam kereta.

Iklan

"Dia sangat ceria pada malam itu kerana pasukan bola sepak sekolahnya menjadi johan dalam pertandingan peringkat daerah Batu Pahat," katanya.

Hafiz Fauzan merupakan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Parit Raja dilaporkan hilang selepas keluar rumah pada malam 25 Mei lalu, untuk menonton bola sepak bersama rakannya di Parit Ju, Tongkang Pechah.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!