Dua lagi nelayan masih belum ditemui

Iklan
Op Carilamat dua nelayan dan penumpang feri dipertingkatkan Maritim Malaysia. - Foto Maritim Malaysia

BATU PAHAT - Dua daripada empat nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka karam di Tanjung Segenting pada Jumaat, masih belum ditemui pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) pada Isnin.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, dua nelayan terbabit ialah Lee Pong Ling, 68, dan Raud Darus@Hamid, 53.

Iklan
Iklan

"Dua lagi mangsa bot nelayan yang tenggelam di perairan Tanjung Segenting, Batu Pahat masih belum ditemui sehingga hari ini, yang memasuki hari keempat.

"Namun pencarian mangsa yang masih hilang itu akan dipergiatkan lagi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Pada Sabtu, mayat tekong, Chiah Kah Chong, 53, ditemui ketika operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kedua.

Hanya Tan Siak Bin, 43, terselamat dalam kejadian itu selepas ditemui nelayan lain yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

Iklan

Dalam pada itu, Op Carilamat seorang penumpang feri yang jatuh laut semasa feri dalam perjalanan dari Muar menuju ke Bengkalis, Indonesia disambung untuk hari kedua, pada Isnin.

Mohd Haniff berkata, semasa kejadian yang berlaku sekitar jam 11.40 pagi Ahad, mangsa, Juli Afriko, 30, yang memakai baju putih berseluar hitam dipercayai telah jatuh ke dalam laut.

"Op Carilamat hari kedua yang dikoordinasikan oleh Maritime Rescue Sub-Center (MRSC) Johor Bahru telah melibatkan aset Maritim Malaysia dan Pasukan Polis Marin (PPM).

"Ia merangkumi sektor pencarian dengan keluasan 11.88 batu nautika persegi di laut dan keluasan 27.2 batu nautika persegi di udara bagi melakukan pencarian mangsa," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!