MyDigital ID sahkan identiti digital, bukan ganti MyKad - PJBumi

Iklan
MyDigital ID dijangka dilancarkan dalam empat fasa mulai Julai 2024, dimulakan dengan anggota Kabinet, diikuti penjawat awam dan penerima bantuan kerajaan seperti penerima subsidi serta seterusnya orang awam. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - PJBumi Bhd pada Isnin menjelaskan bahawa inisiatif MyDigital ID digunakan bagi tujuan pengesahan pengenalan diri secara digital dan bukannya bagi mengantikan kad pengenalan atau MyKad.

Malah, MyDigital ID itu berperanan sebagai lanjutan bagi pengesahan identiti rakyat negara ini secara dalam talian.

Iklan
Iklan

"Ia berperanan sebagai pengesahan rakam masuk tunggal untuk perkhidmatan kerajaan," kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Isnin.

Kenyataan itu adalah sebagai susulan penganugerahan kontrak My Digital ID Physical Onboarding Services atau Perkhidmatan Penyertaan Suai Tugas Fizikal MyDigital ID untuk Mimos Semiconductor (M) Sdn Bhd.

Iklan

MyDigital ID yang dijangka dilancarkan dalam empat fasa mulai Julai 2024, dimulakan dengan anggota Kabinet, diikuti penjawat awam dan penerima bantuan kerajaan seperti penerima subsidi serta seterusnya orang awam.

Anak syarikat milik penuh PJBumi iaitu PJBumi Heavy Engineering & Services Sdn Bhd yang menerima surat setuju terima (SST) bagi kontrak pada 21 Jun 2024, akan menerima RM1.70 bagi setiap penyertaan fizikal yang berjaya ID My Digital yang didaftarkan dalam tempoh 24 bulan.

Iklan

Perkhidmatan penyertaan suai tugas itu dijangka bermula pada 21 Jun 2024 dan akan tamat pada 20 Jun 2026.

Harga kontrak berkaitan turut termasuk RM100,000 untuk penyediaan 500 unit peranti titik sentuh. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!