Penduduk sekitar Kampung Pos Tuel terpaksa melalui jalan yang runtuh dan rosak untuk melakukan aktiviti harian ketika tinjauan di Gua Musang.
Hampir 1,000 penduduk Orang Asli memohon agar satu-satunya jalan perhubungan yang runtuh di Pos Tuel dapat dibaik pulih dengan kadar segera.
Difahamkan Jalan terbabit digunakan oleh penduduk antaranya di Kampung Haner, Kampung Gere, Kampung Poh, Kampung Gerbok, Kampung Ber, Kampung Tuel dan Kampung Tersok untuk membolehkan mereka keluar dari kawasan penempatan untuk berurusan di luar. Foto Bernama