KUALA LUMPUR – COURTS Malaysia, peruncit terkemuka barangan elektrik, IT gajet dan perabot menawarkan peluang terbaik kepada pelanggan untuk memiliki lebih 100 jenis produk berteknologi kecerdasan buatan (AI) terpilih.
Tawaran sempena kempen promosi ‘Revolusi AI Bersama COURTS’ itu sedang berlangsung di seluruh negara sehingga 31 Julai ini dengan kerjasama Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd (Samsung Malaysia) sebagai salah satu daripada jenama utama untuk teknologi kecerdasan buatan (AI).
Lebih mengujakan, para pelanggan berpeluang membawa pulang televisyen QLED bersaiz 98 inci dan mencubanya sendiri di rumah selama tempoh 14 hari dengan teknologi terbaharu ini, tertakluk kepada terma dan syarat.
Ketua Pegawai Eksekutif COURTS Malaysia, Harry Higashiura berkata, kempen promosi ‘Revolusi AI Bersama COURTS’ itu merupakan inisiatif pihaknya menghargai para pelanggan dengan memperkenalkan kelebihan produk berteknologi AI yang pastinya memberi pengalaman baharu dalam kehidupan harian.
Malah, kempen promosi itu turut ‘mesra bajet’ kerana para pelanggan boleh memiliki produk idaman masing-masing pada harga mampu milik tanpa sebarang bayaran pendahuluan.
"Bila kita dengar tentang teknologi AI, orang fikir susah untuk menggunakannya dan ada juga yang fikir ianya tidak perlu.
"Sebenarnya, produk berteknologi AI mempunyai kelebihannya tersendiri yang mana para pengguna pasti teruja apabila menggunakannya. Amat mudah, semuanya boleh dikawal sendiri oleh AI,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Tambah Harry, gabungan teknologi yang dikuasakan oleh AI memberi impak besar positif kepada pola penggunaan produk elektronik ketika ini yang semakin mendapat permintaan para pengguna ketika ini.
Rangkaian produk luas
Produk-produk AI yang ditawarkan kepada pelanggan sempena kempen promosi ‘Revolusi AI Bersama COURTS’ adalah bersifat universal yang mana ia boleh diakses serta dihubungkan dalam talian (online) merangkumi televisyen, mesin basuh, peti ais dan banyak lagi.
"Secara peribadi, saya merasakan pendingin hawa berteknologi AI antara produk yang wajar dimiliki dalam keadaan kos guna tenaga di Malaysia yang semakin meningkat.
"Dengan menggunakan pendingin hawa berteknologi AI, pengguna boleh kawal daripada luar menerusi telefon pintar, antara ciri termaju menjimatkan penggunaan elektrik,” katanya.
Inovasi AI Samsung
Sementara itu, Ketua Divisyen Audio Visual dan TV Samsung Malaysia, Calvert Yap berkata, pihaknya menghargai kerjasama dengan COURTS Malaysia dalam berkongsi matlamat yang sama untuk menyediakan produk AI kepada pelanggan sebaik mungkin.
Katanya, usaha pihaknya bersama COURTS Malaysia itu merupakan antara inisiatif menggalakkan penggunaan AI dalam kehidupan seharian di samping memelihara kelestarian alam sekitar serta keselamatan siber.
"Samsung telah melakukan banyak perubahan dalam mengintegrasikan AI dalam produk. Jadi, kami mahu meneruskan momentum daripada kejayaan produk telefon bimbit Samsung Galaxy S24 yang dilancarkan awal tahun ini dengan produk televisyen terbaharu kami.
"Apa yang membezakan produk AI Samsung berbanding dengan yang lain ialah, inovasi yang memudahkan pengguna, dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan siber.
"Malah, produk Samsung menerapkan penggunaan bahan kitar semula dalam pembangunannya. Untuk rekod, sebanyak 14 peratus produk kami menggunakan bahan plastik kitar semula pada tahun 2022, bukti komitmen kami dalam memastikan kelestarian alam sekitar,” ujarnya.
Info ‘Revolusi AI Bersama COURTS’
- Bermula 6 hingga 31 Julai 2024 di semua premis COURTS seluruh Malaysia.
- 10 jenama dengan lebih 100 produk terpilih.
- Bayaran bulanan serendah RM55 dengan pembayaran COURTS EZ Payment.
- Tanpa kad kredit dan tiada bayaran pendahuluan.
- Tempoh pembiayaan sehingga 60 bulan.
- Lima Pelan pembayaran EZ Payment disediakan mengikut keperluan pelanggan.