3rd Force agih lebih 1 tan daging korban kepada fakir miskin

Iklan
LEBIH 1 tan daging korban dan bantuan pek makanan diagihkan kepada fakir miskin di beberapa daerah di Kelantan dan Melaka.

SEMPENA Hari Raya Aidiladha yang disambut meriah baru-baru ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) The Third Force (3rd Force) meneruskan agenda tahunan mereka menguruskan program korban sebelum diagihkan kepada fakir miskin.

Pada tahun ini yang memasuki tahun kelapan pelaksanaan program ibadah korban, sebanyak 10 ekor lembu berjaya ditumbangkan melibatkan kira-kira 200 sukarelawan di 10 kawasan di beberapa daerah di negeri Kelantan dan Melaka.

Iklan
Iklan

RAJA SHAMRI

Pengasas 3rd Force, Raja Shamri Raja Husin berkata, antara matlamat utama program tersebut dilaksanakan adalah membantu golongan fakir miskin yang tidak berkemampuan untuk merasai daging korban sesuai dengan pelaksanaan ibadah korban umat Islam.

Iklan

"Selain itu, program ini juga mengajak dan menggalakkan orang ramai untuk sama-sama berbuat baik sekali gus mengejar saham pahala akhirat.

Menurutnya, dia secara peribadinya terkesan apabila mendengar rintihan dan perasaan orang miskin yang menerima daging korban dan bantuan pek makanan.

Iklan

ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia turut terlibat dalam program korban 3rd Force.

"Mereka mengucapkan syukur tidak terhingga kepada kita, malah ada yang menyatakan mereka sangat susah dan tiada apa-apa untuk dimakan bersama keluarga.

"3rd Force ingin mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan termasuk agensi kerajaan yang turut sama membantu iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” ujarnya.

"Mereka dengan sukarela meletakkan diri di hadapan walaupun penat dan habiskan masa, namun mereka tetap menjalankan kerja kemanusiaan membantu orang-orang yang memerlukan.

SEBAHAGIAN sukarelawan 3rd Force yang menyertai program ibadah korban yang telah memasuki tahun kelapan penganjurannya.

"Kami berharap akan terus istiqamah dalam melakukan program ini di samping kerja-kerja amal yang lain bagi bagi memberi manfaat kepada golongan yang susah dan memerlukan,” katanya.