Lembu sado dari Bachok terbaik di Malaysia

Iklan
Mohd Zulkifli dari Kampung Panjang, Perupok di Bachok bersama sebahagian daripada lembu sado yang dibela.

BACHOK - Kesungguhan dan keghairahan penduduk di jajahan ini mengusahakan ternakan lembu sado secara serius menjadikan Bachok sebagai hub pengeluaran haiwan mamalia ungulat itu di Malaysia.

Lembu sado dari Bachok dikatakan antara baka terbaik dengan bentuk badannya yang besar serta otot berganda sehingga boleh mencecah berat satu tan.

Iklan
Iklan

Situasi itu dapat dilihat apabila terdapat lebih 60 penternak dalam kalangan anak muda yang memelihara lembu sado, di sini.

Ladang milik Mohd Zulkifli yang menempatkan 70 ekor lembu sado di Perupok, Bachok.

Lebih membanggakan lembu sado dari baka 'Limousine' milik Zulkifli Yaakob berjaya 'menduniakan' nama Bachok apabila meraih tempat ketiga pada pertandingan Limousine-Champion of The World Catagory Asia/Africa 2020.

Iklan

Seorang penternak, Mohd Zulkifli Ali, 39, dari Kampung Panjang, Perupok di sini berkata, kerja-kerja memelihara dan membela lembu sado mulai popular dalam kalangan penternak di Bachok sejak 20 tahun lalu.

"Saya sendiri tidak pernah terfikir akan menjadi penternak tetapi apabila melihat orang sekeliling memelihara lembu sado, minat itu hadir.

Iklan

"Alhamdulillah, setakat hari ini saya telah memiliki sebuah ladang yang menempatkan 70 ekor lembu sado. Ladang ini sering menjadi kunjungan ramai bagi mendapatkan baka lembu tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Mohd Nasrul Hakimi, lembu sado miliknya dijual pada harga sekitar RM20,000 hingga RM30,000.

Menurutnya, lembu sado yang dimiliki mencecah harga bermula RM10,000 hingga RM30,000 bergantung kepada jenis serta berat.

Ujarnya, setiap kali menjelang Aidiladha beliau tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan yang datang dari seluruh negara.

Mohd Zulkifli memberitahu, antara faktor utama ia menjadi pilihan untuk korban ialah ramai yang mengatakan daging lembu sado lebih enak, lembut berbanding yang biasa.

"Malah setiap bahagian yang dibayar mereka akan memperoleh sekitar 600 hingga 700 kilogram daging," katanya yang menjadi penternak sejak empat tahun lalu.

Selain dagingnya dimakan, lembu sado juga banyak digunakan untuk tujuan pertandingan.

Sementara itu, Mohd Nasrul Hakimi Mohd Noor, 36, yang memiliki 30 ekor lembu sado berkata, lokasi Bachok yang berhampiran laut menyebabkan rumput yang ditanam dipercayai mengandungi tinggi mineral, sekali gus membantu lembu sado cepat membesar dan gemuk.

Menurut Mohd Nasrul Hakimi, lembu sado miliknya dijual pada harga sekitar RM20,000 hingga RM30,000.

"Selain dagingnya dimakan, lembu tersebut banyak digunakan untuk tujuan pertandingan" katanya.

Bagi peminat lembu sado, Zulkifli, 55, pula mengakui baka dari Bachok adalah yang terbaik bukan sahaja di Malaysia tetapi setanding dunia.

Katanya, lembu sado dari baka 'Limousine' miliknya pernah merakam sejarah dalam dunia penternakan di negara ini pada tahun 2020 apabila meraih tempat ketiga dalam pertandingan Limousine-Champion of The World Catagory Asia/Africa.

Dia yang hampir 10 tahun terlibat dalam ternakan lembu sado pada Mac tahun lepas berkata, kejayaan Jogho itu disifatkan sebagai salah satu bentuk pengiktirafan tertinggi buat penternak lembu sado di negara ini khususnya di Bachok.

"Namun minat tersebut terpaksa dihentikan sementara waktu apabila harga dedak terlampau mahal.

"Bela lembu sado tidak boleh bergantung kepada rumput semata-mata. Justeru, saya terpaksa menyembelih dan menjual daging lembu sado yang ada kerana faktor kos," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!