Empat penjawat awam direman disyaki terima rasuah

Iklan
Suspek diiring pegawai SPRM ketika hadir ke mahkamah

SEREMBAN - Empat penjawat awam direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai dorongan bagi mendapatkan projek pembekalan dan perkhidmatan.

Perintah reman terhadap suspek dua lelaki dan dua wanita berusia antara 30 ke 40-an itu dikeluarkan oleh Majistret, Syed Mohd Farid Syed Ali di Mahkamah Majistret Sivil di sini pada Selasa selepas permohonan reman dibuat.

Iklan
Iklan

Kesemua suspek diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Redzuan Hakim Sulaiman.

Menurut sumber, suspek telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM3,630.

Iklan

Kesemua suspek telah ditahan pada Isnin jam 4 petang ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!