Haram dapat kerja guna orang dalam?

Iklan
TERDAPAT dua perspektif berbeza dalam isu mendapat kerja menggunakan kabel atau orang dalam. -Foto: Canva

APABILA seseorang mahu mendapatkan pekerjaan mahupun projek, sudah tentu mereka perlu membuat permohonan terlebih dahulu.

Itu proses biasa yang sering dilakukan. Jika tiada permohonan, sudah tentulah ia tidak boleh diproses dan diterima bekerja di sesebuah organisasi.

Iklan
Iklan

Bercakap tentang hal itu, istilah menggunakan ‘orang dalam’ atau ‘kabel’ tidak asing lagi dalam masyarakat kita.

Apakah sebenarnya hukum mendapatkan kerja atau projek dengan menggunakan kabel atau orang dalam?

Iklan

Pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, terdapat dua situasi yang boleh dikelaskan untuk membezakan sama ada kita boleh atau tidak menggunakan orang dalam tersebut.

TERDAPAT dua perspektif berbeza dalam isu mendapat kerja menggunakan kabel atau orang dalam. -Foto: Canva

Iklan

Apa yang dimaksudkan dengan memudahkan urusan itu contohnya anak sendiri bekerja dalam organisasi berkenaan dan kita meminta bantuannya untuk mendapatkan borang permohonan kerja atau menghantarkan dokumen terlibat, ungkapnya.

"Kalau memerlukan borang, boleh suruh anak kita ambilkannya. Jika perlu menghantar gambar dua keping, bolehlah minta tolong dia hantarkan, tak perlu lagi kita ke pejabat tersebut.

"Ini yang dibolehkan kerana memudahkan urusan dan tidak mengambil hak orang lain,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di akaun YouTube miliknya pada Isnin.

"Disebabkan kabel, dia tidak diundi dan dapat projek. Orang lain ingatkan (dapat kerja disebabkan) undi, rupanya tertipu. Haram hukumnya,” terangnya.

TIDAK boleh menggunakan orang dalam jika permohonan kerja yang sepatutnya diundi atau disaring, tetapi tidak melalui proses tersebut disebabkan faktor kabel tersebut. -Foto: Canva

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, isu dapat kerja menggunakan kabel atau kroni itu boleh dilihat dari perspektif yang berbeza.

Pertama, jika ia melalui cara dibenarkan seperti dari sudut seorang majikan memilih pekerja atas dasar telah mengenalinya yang datang daripada keluarga yang miskin dan pada masa sama mempunyai nilai kompetensi dan kelayakan bersesuaian.

"Maka, pertolongan yang sebegini adalah harus dan dibenarkan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel Irsyad al-Fatwa Siri ke-692: Hukum Mendapat Kerja Menggunakan Kabel atau Kroni di laman web rasmi pejabat mufti berkenaan.

"Bahkan ia boleh menyemai budaya kerja tidak sihat dan pelbagai kemudaratan lain.

MENGGUNAKAN orang dalam dengan sogokan, rasuah atau atas dasar kenal semata-mata seperti ahli keluarga atau sahabat karib tanpa nilai kompetensi atau kelayakan, perbuatan itu diharamkan sama sekali kerana menzalimi hak orang lain. -Gambar hiasan/ Foto: Canva

"Inilah contoh yang buruk dan haram dilakukan kerana telah menzalimi mereka yang berhak,” katanya.