[VIDEO] Gadis terima berita kematian ibu di pentas uji bakat

Iklan
Tangkap layar video yang memaparkan Nur Jannah sebak apabila mendapat tahu ibunya meninggal dunia ketika ingin berkongsi berita gembira dirinya terpilih dalam pertandingan Liga Dangdut Indonesia 2020.

INDONESIA - Tidak terucap dengan kata-kata untuk membayangkan kesedihan seorang peserta nyanyian apabila mengetahui mengenai kematian ibunya menerusi perbualan telefon yang disambungkan kepada ahli keluarganya dari pentas uji bakat pertandingan Liga Dangdut Indonesia 2020, baru-baru ini.

Siti Nur Jannah Rumasukun hanya berusia 14 tahun, namun terpaksa menerima tamparan hebat itu cuma beberapa minit selepas dia diterima oleh juri sebagai peserta pertandingan tersebut, malangnya dia tidak sempat berkongsi berita gembira itu dengan ibunya yang kebetulan sedang sakit di hospital.

Iklan
Iklan

Menerusi video yang tular di media sosial, dapat disaksikan betapa insiden tersebut meruntun hati apabila Siti Nur Jannah menangis ketika menerima berita itu menerusi perbualan telefon yang disambungkan dari studio pihak produksi kepada bapa saudaranya.

Sebelum insiden sedih itu, selepas menyanyi di hadapan para juri, Siti Nur Jannah memberitahu bahawa ibunya memang tengah sakit akibat penyakit diabetes.

Iklan

Ayahnya pula sudah meninggal dunia pada 2017 dan kehidupan keluarganya dibantu oleh saudara-mara sejak ibunya terlantar sakit.

"Mama, Jannah sayang sangat dengan mama. Semoga mama sentiasa sihat supaya Jannah boleh terus bersama mama. Mama jangan pergi dulu, semoga mama sihat supaya Jannah dapat bersama dengan mama dengan lebih lama," katanya menerusi video itu.

Iklan

Kata-kata itu diucapkan Siti Nur Jannah beberapa minit sebelum berita kematian ibunya dimaklumkan oleh bapa saudaranya dan ucapan anak gadis itu benar-benar memberikan kesan mendalam kepada penonton.

Tidak disangka hasrat awal pihak produksi memberi peluang supaya Siti Nur Jannah berkongsi berita gembira kerana terpilih sebagai peserta bertukar menjadi insiden memilukan dengan tangisan gadis manis yang kini yatim piatu.

Tambah pilu apabila bapa saudaranya menyampaikan pesanan terakhir ibunya supaya Siti Nur Jannah menjadi seorang yang kuat dan menjadi tulang belakang kepada adik-adiknya.

"Fokus pada pertandingan dan tidak perlu fikirkan mama. Jaga adik-adik dengan baik seandainya cita-cita Jannah nanti tercapai dan jangan sesekali lupa kepada keluarga," katanya.

Perkongsian @RealAzimK kini tular di media sosial yang kini meraih 138,900 tontonan dan 9,200 ulang kicau.

Kisah Siti Nur Jannah dikongsi oleh pemilik akaun Twitter @RealAzimK yang kini tular di media sosial dan setakat ini meraih 138,900 tontonan serta 9,200 ulang kicau.

Selain begitu menyayat hati, video tersebut juga menyentuh emosi netizen yang menontonnya.

Mereka mendoakan Siti Nur Jannah supaya diberi kekuatan untuk mengharungi dugaan itu dan tabah mengikuti pertandingan nyanyian tersebut tanpa insan kesayangan di sisinya.

"Video ini membuatkan aku menangis melihatnya. Kalau aku di tempatnya pasti tidak kuat aku menerima kerana telah hilang insan yang paling disayangi. Semoga adik Jannah dipermudahkan urusan oleh ALLAH dalam pertandingan tersebut," tulis @Syanana34

IkhwanRam pula memberitahu,"Besar sungguh dugaannya, baru sahaja kehilangan ayahnya empat tahun lalu, kini ibunya pula pergi dan tidak sempat nak berkongsi berita gembira itu. Kuatkan semangat nak, teruskan apa yang engkau impikan."