KOM rangka program khas untuk lebih ramai layak ke Olimpik

Iklan
Mumtaz pada sidang media selepas Mesyuarat Post Portem Sukan SEA Filipina di Majlis Sukan Negara Bukit Jalil hari ini. - Foto Bernama

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) akan merangka satu program khas untuk memastikan lebih ramai atlet olahraga boleh melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Timbalan Presiden KOM, Datuk Mumtaz Jaafar berkata, melalui program khas lebih ramai atlet olahraga negara akan dihantar menyertai kejohanan di luar negara terutamanya di Eropah.

Iklan
Iklan

"Ini satu cadangan yang baik, kita tidak fokus lagi kepada atlet tertentu. Semua atlet mempunyai peluang yang sama untuk layak ke Sukan Olimpik secara merit. Semua atlet akan diberi peluang.

Program ini memberi peluang kepada atlet untuk melakukan sekurang-kurangnya membuat rekod peribadi terbaik sekali gus layak ke Sukan Olimpik. Program ini amat berpihak kepada atlet. Saya harap kita dapat faedah daripada apa yang ditawarkan ini,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Bedah Siasat Sukan SEA ke-30 di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.

Iklan

"Majlis Sukan Negara (MSN) memberi kelebihan kepada sukan olahraga dengan memberi bantuan sepenuhnya bagi memastikan misi ke Sukan Olimpik berjaya dan diharap atlet menggunakan peluang ini sebaik mungkin," katanya.

Antara atlet yang dilihat berpeluang cerah untuk menempah slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebelum tarikh akhir pada 29 Jun ini ialah pelari pecut negara, Haiqal Hanafi, Lee Hup Wei dan Nauraj Singh Randhawa (lompat tinggi), Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera) dan Andre Anura Anuar serta Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang).

Iklan

Mumtaz berkata, pihaknya akan menyenaraikan senarai kejohanan yang bersesuaian selepas mengadakan perbincangan dengan jurulatih.

Sementara itu, mengulas mengenai seorang atlet muda olahraga berusia 17 tahun dilaporkan positif doping, Mumtaz berkata, KOM akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa berhubung isu itu esok, di Wisma OCM.

Atlet muda itu dilaporkan bakal berdepan hukuman penggantungan empat tahun selepas sampel air kencingnya didapati positif bahan terlarang ketika menyertai Kejohanan Tertutup KOM 2019 pada Ogos lepas.

Atlet lelaki yang beraksi dalam acara 4x100 meter itu didapati menggunakan dua bahan terlarang iaitu methasterone dan oxymetholone - sejenis steroid androgenik anabolik. - Bernama