Ops Vulture basmi pinjaman wang ah long

Iklan
Anggota polis bersama penguat kuasa MDR yang terlibat merakam gambar selepas selesai Ops Vulture yang dilancarkan di sekitar Bandar Raub dan kawasan pentadbiran IPD Raub di sini, semalam.

RAUB - Sebanyak 140 poster peminjam wang tanpa lesen diturunkan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub menerusi Ops Vulture yang dijalankan di kawasan sekitar daerah ini, semalam

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata operasi bersepadu bersama Majlis Daerah Raub (MDR) yang melibatkan kira-kira dua pegawai dan lima anggota polis serta empat penguat kuasa MDR dilakukan di sekitar Bandar Raub dan kawasan pentadbiran IPD Raub

Iklan
Iklan

Menurutnya, ini merupakan langkah yang proaktif dalam mengekang kempen dan iklan yang disebarkan bagi melindungi orang awam daripada menjadi mangsa hutang syarikat pinjaman tidak berdaftar.

"Operasi ini lebih menjurus kepada menurunkan poster dan iklan yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan dan menawarkan pinjaman haram secara tampalan iklan berleluasa di daerah ini.

Iklan

"Iklan pinjaman wang tanpa lesen yang ditampal di merata-rata tempat di daerah ini akan menarik minat orang ramai yang kesempitan wang untuk berhutang tanpa menghirau bebanan faedah yang tinggi.

"Tindakan awal kita ini sekurang-kurangnya dapat mengelak mereka berurusan dengan pinjaman haram sekali gus mengelak perkara lebih buruk berlaku,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Iklan

Wan Mohd Zahari berkata iklan dalam bentuk banting dan poster yang dirampas diserahkan kepada MDR bagi tujuan pelupusan.

"Sepanjang operasi dijalankan tiada kejadian tidak diingini berlaku dan operasi membanteras iklan haram ini akan dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa.

"Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan iklan haram pinjaman wang kerana khuatiri menjadi mangsa ah long sebaliknya menggunakan saluran yang betul," katanya.