Ka Siong puji tindakan kerajaan kekalkan pelan asal ECRL

Iklan
Projek ECRL melibatkan laluan sepanjang 665 kilometer itu sangat penting dalam memastikan pertumbuhan seimbang antara kawasan-kawasan kurang membangun termasuk negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu. Gambar fail Bernama

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan mengekalkan pelan asal bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dipuji walaupun ia pernah ditentang semasa Pakatan Harapan (PH) memegang tampuk pemerintahan pada 2019.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, terdapat pihak yang pernah memendek, menukar laluan dan mengurangkan bilangan stesen bagi projek ini dengan alasan untuk menjimatkan kos.

Iklan
Iklan

"Tetapi ini sebenarnya akan menggugat keberkesanan ECRL dalam jangka masa panjang.

"Sebelum ini ada pihak yang mengubah laluan sehingga ke Negeri Sembilan untuk jimatkan kos. Saya mahu tanya, penduduk di Pantai Timur mahu ke Kuala Lumpur atau Negeri Sembilan?

Iklan

"Aktiviti perdagangan lebih memerlukan Lembah Klang sebagai pusat dagangan atau Negeri Sembilan?" katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mahu Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut.

Iklan

Menurutnya, projek melibatkan laluan sepanjang 665 kilometer itu sangat penting dalam memastikan pertumbuhan seimbang antara kawasan-kawasan kurang membangun termasuk negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu, Ka Siong yang juga bekas Menteri Pengangkutan turut melahirkan rasa gembira berikutan ramai pihak dalam kerajaan yang sebelum ini menentang projek berkenaan telah berubah fikiran dengan menyatakan sokongan.

Menurutnya, faedah ekonomi dan sosial daripada projek terbabit akan mendatangkan hasil serta berbaloi dengan pelaburan awal.

"Projek ini bukan sahaja akan memacu lebih banyak pembangunan untuk meningkatkan kehidupan penduduk di Pantai Timur, ia juga akan membantu mempromosikan lebih banyak aktiviti komersial tempatan dan antarabangsa.

"Ini akan mengurangkan kos pengangkutan bagi penduduk Pantai Timur yang membeli produk dari Kuala Lumpur dan mereka yang menjual produk di bandar,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!