Kanak-kanak lemas tergelincir ketika memancing di parit

Iklan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas djpercayai selepas tergelincir ke dalam parit di Flat Desa Mutiara pada Selasa. - Foto JBPM

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas selepas dilaporkan tergelincir ke dalam parit di Flat Desa Mutiara dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kejadian pada kira-kira jam 3 petang itu, mangsa bersama abangnya dan tiga rakan memancing di kawasan parit berkenaan.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, mangsa dipercayai telah tergelincir ketika cuba menarik mata pancing yang tersangkut di dasar parit.

"Mayat mangsa kemudiannya ditemui pada jarak 10 meter, sekitar jam 3.30 petang dari lokasi dia dilaporkan tergelincir.

Iklan

"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Mayat mangsa ditemukan pada jarak 10 meter, sekitar jam 3.30 petang. Foto JBPM

Sementara itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Tinggi II, Mohd Rashid Sulaiman berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Iklan

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang kanak kanak lelaki berumur 10 tahun telah terjatuh di dalam parit semasa memancing.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis. Operasi ditamatkan pada jam 5.25 petang," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!