Atlet bina badan, Suharwadi Dahlan meninggal dunia

Iklan
Suharwardi Dahlan

KUALA LUMPUR - Ahli bina badan, Suharwardi Dahlan, 28, meninggal dunia akibat daripada komplikasi jantung sehari selepas bertanding dalam sebuah acara.

Suharwardi dikejarkan ke Hospital Miri untuk rawatan kecemasan namun dipercayai meninggal dunia di kediamannya di Pujut Tanjung Batu, Miri sekitar jam 3 pagi Isnin.

Iklan
Iklan

Persatuan Bina Badan Miri mengesahkan kematian Suharwardi di Facebook semalam.

Allahyarham merupakan atlet yang pernah mewakili Miri dalam pertandingan Mr Sarawak 2024.

Iklan

Menurut Persatuan Bina Badan Miri dalam catatan FB berkenaan, Miri kehilangan seorang atlet yang mempunyai masa depan cerah dalam sukan bina badan. - Awani

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!